



Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera, salam gegagon kito dan salam sukan eratkan perpaduan.
Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu bagi kali ke 13.
Tahniah diucapkan kepada barisan Pengetua cemerlang, Pengetua, Guru Besar Cemerlang, Guru Besar, guru-guru, para ahli jawatankuasa pengelola, barisan kepegawaian olahraga kerana bertungkus lumus merealisasikan Temasya Sukan Sekolah Sekolah Peringkat Daerah pada hari ini.
Hadirin Sekalian,
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini dan telah memberi kebenaran kepada anak anak mereka untuk terlibat serta dalam kejohanan temasya olahraga kali ini. Sokongan yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa dari 53 buah sekolah rendah dan menengah daerah ini.
Tuan-Tuan dan puan puan,
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak dari sekolah kita bertanding dalam acara-acara sukan tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.
Hadirin sekalian,
Kejohanan Olahraga MSSDLD ini adalah salah satu daripada usaha daerah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya.
Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.
SYABAS DAN TAHNIAH
Sekian terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA AGAMA DAN BANGSA
ZAMRI BIN HJ PEHAKAN
Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu